Penggunaan otak kiri
dan otak kanan
Otak Kiri
|
Otak Kanan
|
Berfikir ikut urutan
|
Berfikir keseluruhan
|
Menganalisis
|
Mencari ilham
|
Berfikir secara
linear
|
Berfikir secara kreatif
|
Matematik
|
Seni
|
Bahasa
|
Ritma / Rentak
|
Guna logik
|
Guna imaginasi
|
Memahami lisan
|
Memahami tanpa lisan
|
Fakta
|
Emosi / Perasaan
|
Berfikir guna perkataan
|
Berfikir guna gambaran
|
Mengingat lirik lagu
|
Mengingat irama lagu
|
ORANG YANG CEMERLANG DAN KREATIF MENGGUNAKAN KEDUA-DUA BAHAGIAN OTAK KIRI
DAN KANAN
|
Ciri-ciri pelajar cemerlang seperti berikut:
1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal dalam
menghadapi sebarang peperiksaan.
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian.
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan
sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh
guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan
oleh guru berkenaan.
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study
group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu
kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan
perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan
mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah
akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai
untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan
lain-lain lagi.
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri
(sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai
pengukuhan pembelajaran.
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang
pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang
berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual
ini mestilah dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang
diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan
yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai.
Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan
senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't
judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak
semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk
menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran
buku yang diadakan.
25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah
secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang
sihat. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang lancar.
26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran
luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran
atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang
dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak
dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan
perkara-perkara yang kurang berfaedah.
27. Menjaga keselamatan diri dengan
mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan
memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan
otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai
untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman
daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan
abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh
pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam
menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh
berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang
lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan
Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan
pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek
jasmani dan minda pelajar.
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika
gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan
kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua
bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.