Isnin, 25 Jun 2012

Terima Tanpa Syarat




MESRA
Sifat mesra kaunselor akan menyebabkan klien tidak kekok bercakap, relex, selesa dan diterima oleh klien.

JUJUR
Kaunselor yang tidak berpura-pura dalam perhubungan dengan klien bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensive dan konsisten. Dapat berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi.

TERIMA TANPA SYARAT
Ciri-ciri ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu menerima diri klien yang sebenarnya .  Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik, perlu berfikiran yang terbuka dan perlu mengelakkan diri daripada berpandangan negatif terhadap kliennya.

BEREMPATI
Ia merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk dan dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini.

KAUNSELOR ADALAH SEORANG:
• sanggup mendengar semua persoalan anda • menerima tanpa syarat • menerima dan merahsiakan apa yang anda katakan • menghormati diri anda sebagai seorang individu 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan